Friday, March 12, 2010

Pelajar Ting 4 SMKASM

Asak Minda Mathematics Ting 4
Buat latihan di Buku Kerja Bravo SPM mukasurat 33 hingga 36.
Saya akan semak selepas cuti nanti.
Slmt bercuti....

Monday, March 8, 2010

kerja semasa cuti pertengahan penggal 1

SMKA SULTAN MUHAMMAD, BATU BERENDAM, MELAKA.
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2010


Perkara yang perlu dilakukan semasa cuti pertengahan penggal 1 (13/3/10 – 21/3/2010)

1. Tajuk : Migrasi Dalaman Penduduk

2. Pendahuluan : Pilih dan tentukan kawasan kajian ( SMKA Sultan Muhammad)
Sebab-sebab pilih kawasan itu

3. Kawasan Kajian: Latar belakang kawasan – kawasan Pengkalan Batu
Lokasi kawasan kajian – terletak di daerah Melaka Tengah
tenggara Batu Berendam
Pandang darat fizikal dan budaya yang ada di kawasan kajian
Jarak mutlak dan relatif dari bandar terdekat.

4. Peta : Peta daerah/negeri
Peta Lakar kawasan kajian

5. Bahan penulisan: Apa itu migrasi penduduk? Huraikan konsepnya.
Pola migrasi penduduk – Luar bandar ke bandar, bandar ke bandar
Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman
Kesan migrasi dalaman


Salam...
Wahai pelajar......
1. Semoga anda dapat mencari maklumat dan bahan yang berkaitan dengan kerjackursus geografi yang telah diberikan kepada anda semua.
2. Bahan penulisan boleh diperolehi dari internet, buku teks Tingkatan 2 ataupun buku rujukan PMR.
3. Peta daerah boleh didownload dari internet (banyak dan pilih yang terbaik).
4. Peta lakar – cuba lakarkan peta lakar kawasan sekitar sekolah kita.
5. Cuba buat satu petikan berkaitan semua pandang darat fizikal dan budaya yang ada di sekitar sekolah kita – contohnya bukit, sungai, tanah beralun, jalanraya, sekolah, masjid, padang, kilang, gerai, kawasan pelancongan dan sebagainya.

Semua bahan yang telah diperolehi ini nanti akan kita gunakan untuk menyediakan kerja kursus Geografi PMR 2010 dengan terbaik.

Wasalam....
Cube comment sikit kat ruangan yg disediakan.